Make your own free website on Tripod.com

GUBAHAN

 

        Di dalam ruangan gubahan ini, kami akan menunjukkan beberapa koleksi gubahan yang digubah untuk dibuat hantaran sama ada kepada pihak lelaki ataupun kepada pihak perempuan. Jenis gubahan ini adalah berbeza dan ianya dapat dibezakan dengan yang terdahulu dan yang terkini.

        Sirih Junjung telah memainkan peranannya sendiri.  Dalam kebanyakkan adat budaya, terutamanya semasa masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, ianya sebagai satu kemestian dijadikan barang hantaran pengantin.


SIRIH JUNJUNG

junjung_3.jpg (27482 bytes)

 

          Disamping itu juga masyarakat Malaysia kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam beberapa majlis rasmi negara.  Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang dari 10 pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan penyeri dimajlis tersebut.

          Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah menggunakan sirih junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan, terutamanya di Negeri Kelantan.

 

junjung_1.jpg (24202 bytes)

 

          Satu perarakan sirih junjung telah diadakan di sekitar bandar sempena majlis tersebut. Bagi penyediaan membuat sirih junjung, biasanya digubah oleh orang yang mahir dalam membuat gubahan barang hantaran pengantin.

          Sebanyak 100 helai daun sirih Melayu atau lebih diperlukan. Daun-daun sirih yang segar, lebar lagi cantik diperlukan, disamping peralatan lain seperti gabus yang digunakan sebagai menara, dawai untuk pengikat, jarum penyemat, lidi dan lain-lain yang bersesuaian.

 

junjung_2.jpg (23152 bytes)

 

          Sirih junjung digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau masjid, juga berbentuk flora mengikut citarasa penggubah.  Bunga-bunga segar seperti mawar, dahlia dan kekwa serta lainnya akan menyerikan lagi gubahan tersebut.  Untuk menambah keharuman pada sirih junjung tersebut, pada kebiasaannya wangian akan dibubuhkan seperti bunga rampai atau air mawar.

-atas-

 

Ilusi Mewah Warnai Hantaran

          Jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Biarlah orang berkata ungu sudah tidak popular lagi dalam majlis perkahwinan namun jika sudah suka, apa sahaja boleh diadakan. Begitu juga dengan hantaran kali ini yang menjadikan warna ungu sebagai sumber inspirasi pada setiap barang hantaran.

         Tidak lupa sentuhan perak yang menjadi tiang seri untuk melengkapkan lagi keindahan hiasan hantaran. Dengan kreativiti tersendiri, David Khor tampil dengan identitinya iaitu bekas tembaga yang diukir dan dibentuk mengikut acuan tersendiri supaya hantarannya tidak jemu mata memandang. Buat anda yang masih tercari-cari ilham menghiasi hantaran, boleh mencuba idea kreatif ini.

 

        Merah dan putih, salah satu kombinasi yang begitu serasi untuk dijadikan tema dalam sesuatu hantaran perkahwinan. Pemilihan gaya Inggeris kontemporari ini nampak mewah dengan susun atur barang hantaran yang cukup ringkas dan menarik. Penggunaan bunga hiasan, bunga stokin, manik dan alas yang bersulam menggambarkan hantaran begitu eksklusif sekali.

                        Cenderahati istimewa buat tetamu

          Setiap kali tetamu pulang menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, pihak keluarga pengantin pasti menyediakan cenderahati sebagai kenang-kenangan dan penghargaan. Kecil atau besar tidak menjadi persoalan asalkan ia memberi seribu ingatan kepada tetamu. Ada juga pengantin yang rajin menyediakan cenderahati hasil kerja tangan sendiri.

      Kesibukan tugas kebanyakan pengantin perempuan hari ini menyebabkan cenderahati lebih mudah jika dibeli atau ditempah sahaja. Jika ingin membeli atau menempah, apa kata ke Inani Craft & Design di mana di sini terdapat cenderahati terbaru untuk yang inginkan sesuatu kelainan sempena majlis perkahwinan anda.

 

 

HANTARAN

Ini merupakan sebuah gubahan junjung sirih yang menjadi tradisi bagi adat pepatih dalam tahun 1997.

 

Ini merupakan hiasan bagi bingkai gambar. Hiasan ini nampak lebih menarik apabila kita meletakkan sejambak bunga ditepinya.

       

         Gambar di sebelah ini merupakan beberapa jenis gubahan seperti buah-buahan, tepak sirih, kek dan lain-lain. Ini merupakan gubahan yang dibuat pada waktu terdahulu. Ia nampak ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Contoh ini diambil daripada perkahwinan adat pepatih di Negeri Sembilan pada tahun 1997.

-atas-

HOME