Make your own free website on Tripod.com

KOMPANG

 

 

 

 

Gegombak

          Kompang merupakan jenis alat yang biasa disebut-sebut apabila berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan. Tanpa pertunjukan atau bunyian kompang, sesebuah majlis perkahwinan itu dikatakan tidak meriah. Di dalam adat pepatih mahupun adat temenggung, permainan kompang merupakan penyeri kepada sesebuah majlis perkahwinan di mana pengantin akan diringi dengan paluan kompang yang merdu sepanjang perjalanan ke rumah pengantin.

          Di sebelah kiri terdapat tiga jenis alat yang biasa digunakan di dalam persembahan kompang, iaitu gegombak, kompang dan rebana. Bagi masyarakat di Johor kebiasaannya, hanya kompang dan rebana sahaja yang digunakan di dalam persembahan mereka. Ini bergantung kepada kumpulan kompang tersebut dan kesesuaian penggunaan alat-alat bagi memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan yang dilaksanakan.         

 

Kompang

 

Rebana

HOME