Make your own free website on Tripod.com

 

KONSEP PERKAHWINAN

 

        Adat istiadat perkahwinan atau adat semenda menyemenda merupakan upacara inisiasi yang paling besar dalam lingkaran hidup seorang individu dan kelompok kekeluargaannya. Upacara ini, dari awal sehingga akhir harus mengikuti saluran adat baik dari segi kombinasi satu persatu adat istiadatnya, ketatatertiban sistem perkahwinannya mahupun peranan yang dipikul bersama. Demi pentingnya upacara ini maka Lembaga, Buapak, Besar dan Kadim, serta semenda dan seadat atau tempat semenda nan seresam dengan kuasa pengendaliaanya, anak buah dengan kepatuhannya turut berganding bahu menyumbangkan tenaga dan menghulurkan bantuan sekadar yang upaya demi menjayakan majlis tersebut.

        Oleh itu masyarakat adat di Negeri Sembilan mempunyai falsafah hidup yang tersendiri, maka perkahwinan ini tidak lari daripada landasan adat. Ia terpaksa tunduk di bawah peraturan dasar yang telah ditetapkan atau dikatakan sebagai berkisar dalam genggaman adat.

Dengan berlangsungnya upacara ini, dari segi adat bermakna antara lain, seorang individu:

  1. Telah berjaya membuktikan bahawa dia telah mampu berdikari untuk dirinya, isterinya atau suaminya dan anak-anak yang bakal lahir.

  2. Telah diakui ada hak di dalam kelompoknya.

  3. Telah mencapai kedudukan sebagai seorang dewasa. Justeru itu individu berkenaan telah boleh memberikan pendapat dan bersuara dalam perjalanan adat.

 

HOME

 

sistem Adat | Nisab_Ibu | Konsep Perkahwinan |Peraturan_Perkahwinan | Proses Pinangan | Persediaan_Perkahwinan     |Glosari