Make your own free website on Tripod.com

NISAB IBU

 

Sistem Nisab Ibu di Negeri Sembilan

        Walaupun secara umum dikatakan orang Melayu Negeri Sembilan mengamalkan sistem keturunan nisab ibu tetapi pada hakikatnya bukan demikian keadaannya. Sistem nisab ibu adalah sistem yang menjuraikan keturunan berdasarkan satu pihak sahaja, sama ada daripada pihak ibu atau perempuan. Secara amnya, hanya masyarakat Melayu di daerah Jelebu, Jempul, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Tampin sahaja yang mengamalkan sistem ini.

        Selain daripada masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masyarakat Melayu di Naning, utara Melaka juga mengamalkan sistem nisab ibu. Dari segi sejarah, sebelum kedatangan penjajah Barat, Naning adalah salah sebuah daripada sembilan buah negeri yang menganggotai persekutuan sembilan buah negeri untuk mewujudkan entiti politik Negeri Sembilan tradisi.

        Terdapat sebuah lagi perkampungan yang pada dasarnya mengamalkan sistem sesisi nisab ibu, iaitu Kampung Lukut yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Masyarakat Kampung Lukut bukan berasal daripada keturunan Minangkabau tetapi berasal daripada Negeri Sembilan. Kebanyakan adat istiadat yang diamalkan di Negeri Sembilan masih dikekalkan oleh masyarakat Kampung Lukut. Justeru itu Kampung Lukut bolehlah dianggap sebagai ‘negeri’ atau ‘rantau’ Negeri Sembilan.

 

sistem Adat | Nisab Ibu | Konsep_Perkahwinan | Peraturan_Perkahwinan | Proses Pinangan | Persediaan_Perkahwinan    | Glosari          

HOME