Make your own free website on Tripod.com

OLEK KETIGA

 

Persiapan.

        Persiapan seperti masak-memasak, menyediakan peralatan dan sebagainya dilakukan pada awal pagi. Pengantin lelaki serta rombongannya akan sampai ke rumah pengantin perempuan lebih kurang pada waktu zuhur atau lebih awal. Upacara berarak atau menyongsong pengantin dilakukan. Selepas mengelilingi rumah, kedua-dua pengantin akan terus naik ke rumah.

Istiadat Perarakan Pengantin.

        Kedatangan pengantin lelaki dan rombongannya tidak perlu dijemput lagi. Mereka akan datang secara sendirian. Apa yang harus diambil perhatian di sini ialah orang menjemput sentiasa berada sama dengan pengantin lelaki. Pengantin dan rombongan tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa wakil pihak perempuan. Justeru itu, walaupun pada malam terakhir ini pengantin tidak dijemput secara rasmi, namun masa untuk bertolak ke rumah pengantin perempuan adalah ditentukan.

        Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan. Kedua-duanya, dengan menaiki penangga akan diarak ke rumah pengantin dengan diringi oleh dikir rebana. Atur cara perarakan ini sama seperti perarakan-perarakan sebelumnya.

        Dalam setiap istiadat perarakan di majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan ini terdapat sekurang-kurangnya dua adapt yang harus dilakukan. Pertama, pengantin perempuan diharuskan menyambut kedatangan suaminya. Perbuatan ini dianggap sebagai perlakuan terawal yang menunjukkan rasa hormat isteri terhadap suaminya. Kedua, adapt mencangkukkan jari. Adat ini melambangkan bahawa kedua-dua pengantin itu telah disatukan dan segala yang akan dilakukan adalah tanggungjawab bersama di antara mereka berdua.

sistem Adat | Nisab_Ibu| Konsep_Perkahwinan | Peraturan_Perkahwinan | Proses Pinangan | Persediaan_Perkahwinan | Olek_Pertama | Olek_Kedua | Olek Ketiga | Glosari