Make your own free website on Tripod.com

OLEK PERTAMA

 

Adat Istiadat Menjemput Pengantin Lelaki.

        Di rumah pengantin perempuan, persediaan untuk mengundang pengantin lelaki akan bermula. Buapak akan memperkenalkan orang menjemput itu kepada Datuk Lembaga. Selepas bersalaman, Buapak dengan dicelahi oleh Datuk Lembaga akan menerangkan tugas dan tanggungjawab mereka iaitu:

  1. Menjemput pengantin lelaki.
  2. Menjemput pusaka pengantin lelaki (jika ada).
  3. Menjemput gelaran pengantin lelaki.
  4. Menjemput mas kahwin.
  5. Menjemput adat.
  6. Mengingatkan bahawa mereka juga harus menjemput kesemua yang hadir dalam majlis pihak lelaki untuk datang bersama mengiringi pengantin lelaki ke majlis pengantin perempuan.
  7. Menjaga maruah pihak keluarga pengantin perempuan.

        Selepas itu, tepak sirih diserahkan kepada wakil berkenaan. Tepak sirih penting dibawa kerana ia merupakan pemecah kata adapt dan melambangkan serta mewakili keseluruhan ahli kelompok kekeluargaan yang menjemput. Tepak sirih itu akan disambut oleh orang menjemput dan dengan itu mereka akan bersalaman dengan Datuk Lembaga, Buapak dan ketua-ketua lain, serta memohon izin meninggalkan majlis dan untuk menyempurnakan tugas.

        Upacara berikutnya adalah majlis membaca doa selamat. Ini diikuti dengan jamuan makan. Selepas makan, pengantin lelaki akan berarak ke rumah pengantin perempuan. Pengantin diiringi oleh pengapitnya serta orang menjemput akan berarak menuju ke rumah perempuan. Pengantin akan dipayungi dengan paying pengantin, yakni paying yang diberi sulaman bungan benang emas. Lazimnya, pengantin akan diarak dengan paluan dikir rebana dan saudara mara yang ikut mengiringi pengantin akan berjalan di belakang pengantin.

        Di Luak Rembau, pengantin lelaki juga akan didampingi oleh pengantin kecil. Pengantin kecil adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur antara lapan hingga sepuluh tahun. Kanak-kanak tersebut mestilah cerdik dan faham tentang perjalanan ke rumah dan keadaan dalam rumah pengantin perempuan. Kanak-kanak ini akan diberi pakaian lengkap seperti seorang pengantin. Dia akan dimuliakan, diraikan dan diberi keistimewaan sama seperti pengantin sebenar.

 

sistem Adat | Nisab_Ibu| Konsep_Perkahwinan | Peraturan_Perkahwinan | Proses Pinangan | Persediaan_Perkahwinan Olek Pertama | Olek_Kedua | Olek_Ketiga | Glosari