Jenis-jenis Pantun:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buah pauh si
bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan |
Bauhulu kuih
traditional Mangkuk timah penuh sarat Kalau dahulu tidak kenal Sekarang beramah semakin erat |
Masak mi wap
berkepul Guna penyejat si kayu jati Hari ini kita berkumpul Menyampaikan hajat di dalam hati |
|
Tiup serunai
di atas kota Uda memupuk bunga Melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai dalam hati |
Ikan di laut
asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua |
Ke Seberang
Takir membeli cermin Beli ikan dimasak gulai Cinta berakhir di jinjing pelamin Sama segak kedua mempelai |
|
Kain sekayu
itulah ukurannya Kain songket berbenang emas Berbaju melayu sama segaknya Berdandan berlokek berselendang emas |
Doa berkat
penutupnya amin Jari lentik memukul gendang Mempelai berangkat di atas pelamin Sama cantik sama padan |
Ayam dara di
buat gulai Bungkus bekalan letak di bucu Riang gembira kedua mempelai Semoga berkekalan keanak cucu |
|
Pokok pulai
tidak berduri Di buat bumbung luas melebar Dua mempelai berseri-seri Dua jantung berdebar-debar |
Rimbun semalu
di jambu batu Bangkit pelanduk terus berlalu Kompang dipalu menyahut restu Pengantin duduk tersenyum malu |
Tuan puteri
tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat |
|
Seronok
mengadap beramai-ramai Masing-masing dengan lakunya Jemput pengantin makan berdamai Semoga bahagia selama-lamanya |
Feringgi
melanggar Inderagiri Lalu dibedil oleh laksamana Suami ibarat kepala negeri Hendaklah adil lagi saksama |
Pergi berzanji
di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong |
|
Dalam gelap
durian gugur Dikumpul dapat berpikul-pikul Kalau tersilap boleh ditegur Jangan pula dipukul-pukul |
Keris dan
sundang lambang diraja Itulah tanda raja yang makbul Tanah ladang diletak baja Makin dibaja semakin subur |
Bunga Melati
dihujung dahan Disunting dara dengan cermat Suami isteri berkasih-kasihan Seperti nabi kasihkan umat |
|
Orang jauh
berkirimkan surat Berkali-kali dibaca jua Ikan dilaut asam didarat Didalam kuali bertemu jua |
Di malam hari
terang senegeri Bulan purnama dihujung julai Majlis gahari bertambah seri Menyambut kedatangan kedua mempelai |
Panas kering
siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan |
|
Pohonnya
rendah dahannya rendah Bertebar ke bumi buah bidara Minum sudah sirihpun sudah Bolehlah kami buka bicara |
Rebus laksa
lalu disejat Jangan terkurang letak kuahnya Kami datang membawa hajat Hajat orang kami penyampainya |
Mengapa pipit
terbang rendah Siraja udang menangkap ikan Air sudah sirihpun sudah Hajat apa sila khabarkan |
|
Bulan bintang
hendak dipanjat Tali sabut siap dipintalkan Kami datang membawa hajat Hajat disambut lalu diutuskan |
Buah berangan
di dalam peti Pucuk ijuk rebah kebumi Apa gerangan hajat di hati Datang memijak gerubuk kami |
Beratur landak
mencari makan Pohon pegaga di depan pintu Masjid hendak kami dirikan Dua keluarga hendak disatu |
|
Cantik sungguh
Dang Anum Bersanggul dengan gegetarnya Buah masak sudahke ranum? Bunga ditaman sudahkah berpunya? |
Kumbang
mengintai dilaman Hinggap diranting mencari pasangan Bunga kembang di dalam taman Hendak kami sunting dalam jambangan |
Pokok kerini
jangan dipanjat Kalau dipanjat patah dahannya Datang kami datang berhajat Bunga ditaman siapa empunya |
|
Kalau masih
belum berpunya Gementar tadi sudahlah hilang Kamilah wakil datang bertanya Kalau sudi hendak berbesan |
Ikan Tenggiri
ikan Gelama Buah Berangan jangan gulaikan Besar hati kami terima Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan |
Indragiri
negeri lama Berpuput bayu di atas puri Besarlah hati kami terima Hendak ditanya empunya diri |
|
Buah muda
masih mengkal Getah melekit di daun kobis Anak kami masih dangkal Tengah belajar belum habis |
Buah muda
masih mengkal Sudah diperam masih tengik Anak kami masih dangkal Masak nasi masih hangit |
|
|
Ayam didik
mulalah terbang Ambilkan dedak berilah makan Jangan cik adik merasa bimbang Segala kehendak abang tunaikan |
Bawa peti dari
Melaka Berisi pakaian si anak raja Kalau hati sudahlah suka Semua keadaan indah sahaja |
Dihinggap api
habis rentung Kayu alang atapnya ijuk Buah hati pengarang jantung Kalau meradang payah dipujuk |
|
Rindu dendam
keluh kesah Seolah sembilu menusuk kalbu Rinduku dalam hatiku resah Terasa pilu tidak bertemu |
Tunduk malu
tidak biasa Bunga Melati jadi tumpuan Sehari berlalu setahun terasa Rindu di hati padamu puan |
Ikan batu di
atas bara Pohon selasih di tepi kota Fikiran buntu badan sengsara Bila kekasih tiada dimata |
|
Lalu dewata
terbang melayang Habis mati kera dan lontong Siapa kata saya tak sayang Penangan hati buah jantung |
Pohon senduduk
pohon sengkuang Hinggap penyengat di dalam pasu Di mana duduk terkenangkan tuan Luluh semangat letih lesu |
Peluh mercik
penat berjuang Hang Jebat duduk beradu Minta bekal dari puan Hendak mengubat hati yang rindu |
|
Pak Kaduk
menghisap candu Peluh keringat jari kematu Di mana duduk di situ merindu Hanya teringat cinta yang satu |
Tuan Puteri di
atas biadak Parasnya cantik gilang gemilang Pesan tidak cakap pun tidak Tiba-tiba sahaja menghilang |
Tikar
mengkuang berbelang-belang Ayam dara atas pedati Kasih tuan tidak terbilang Sudah jelira dalam hati |
|
Budak-budak
membuang dedak Penuh setimba di celah batu Berdua tidak, bertiga pun tidak Kasih hamba hanyalah satu |
Dicelah tudung
bunga terselit Lembut gebu bunga seroja Kasih tuan kasih dikulit Tanam tebu dibibir sahaja |
Rumah dikota
sangatlah bersih Tempat bermain orang kaya Bertentang mata berasa kasih Jumpa yang lain lupakan saya |
|
Pokok selasih
pokok bayam Dalam kepuk buah berangan Seorang kasih seorang sayang Tidak bertepuk sebelah tangan |
Rumput ku
cantas habis rata Burung serindik mematuk betik Beribu melintas di depan mata Hanya cik adik kupandang cantik |
Kunang-kunang
berkerlip cantik Dalam pasu tidak kelihatan Bila terkenang diri cik adik Letih lesu rasa badan |
|
Rama-rama
selembut baldu Bebas laksana layang-layang Sama-sama menanggung rindu Tidur tak lena makan tak kenyang |
Menjamu tamu
dipagi raya Penangan sura rasanya tawar Hendak bertemu apakan daya Hanya suara menjadi penawar |
|
|
Pergi kehutan
mengutip pegaga Pegaga tumbuh di dalam paya Hendak lari mulut naga Termasuk pula kemulut buaya. |
Buah berangan
buah bidara Ranting tersangkut dihadapan pintu Bersubang ku sangka dara Bermisai berjanggut kenapa begitu |
Berkubang di
lubuk batu Berlengging dalam perahu Orang bersubang dia begitu Orang GAY dia tak tahu |
|
Burung didik
terbang di awan Mudia belia menangkap ikan Baik-baik bila berkawan Akhlak mulia mesti diutamakan |
Dalam lubuk
banyak toman Sekali bah mudik ke rawa Ustat sibuk menjual iman Duduk menyembah menteri dewa |
Batang
beremban ditarik kuda Kuda meringgit hendak makan Burung terbang dipipiskan lada Guruh dilangit tempayan dicurahkan |
|
Ayam didik
disambar helang dari sumur sampai kekali Tinggal cik adik abang pulang Panjang umur jumpa kembali |
Puteri di
taman memakai gelang Rambut berjurai bawah mahkota Bunga idaman disambar helang Jatuh berderai si air mata |
Sayang-sayang
mabuk kepayang Bunga ditangan disunting kumbang Belum dapat abang sayang Sudah dapat abang terbang |
|
Melompat
belalang seperti disampuk Melihat memerang hendak berperang Apa malang si bujang lapuk Bunga ditangan disambar orang |
||