Make your own free website on Tripod.com

Pengenalan                                                                                                                                                                                           

 

     Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis  perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

     Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majlis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.

     Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara-mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

 


Di sini, kami menyediakan capaian ke halaman web yang sedia ada.

LINKS: