Make your own free website on Tripod.com

ADAT PEPATIH

 

PANTUN

Lebat daun bunga tanjung    
            Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
            Baru terpelihara adat pesaka  

 

 

     Istiadat perkahwinan yang dijalankan oleh pengamal adat pepatih Negeri Sembilan adalah berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Istiadatnya adalah unik dan disebalik keunikannya itu tersirat falsafah dan perjalanan adatnya. Istiadat tersebut amat simbolik dan harmonis. Konsep yang menjadi tunjang kepada perjalanan sistem adat pepatih adalah seperti muafakat, persefahaman atau kerjasama dan gotong-royong. Setiap aktiviti yang berkaitan dengan institusi daripada awal hingga akhir dilaksanakan bersama tanpa pengecualian walaupun seorang ahli. Ianya menggambarkan keutuhan kekuatan persatuan dan kesatuan ahlinya serta keharmonian masyarakatnya.

 

sistem Adat | Nisab_Ibu| Konsep_Perkahwinan | Peraturan_Perkahwinan | Proses Pinangan | Persediaan_Perkahwinan  | Glosari