Make your own free website on Tripod.com

SILAT BUNGA dan SILAT PULUT

 

          Silat bunga merupakan adat turun temurun yang sering dilakukan di dalam majlis perkahwinan bagi masyarakat yang mengamalkan adat temengung. Silat pulut pula merupakan jenis silat yang akan digunakan majlis perkahwinan bagi masyarakat yang mengamalkan adat pepatih. Persembahan silat-silat ini merupakan adat yang dipegang sehingga sekarang.

          Silat bunga ini akan dipersembahkan oleh mereka yang mahir di hadapan mempelai atau kedua-dua pengantin yang akan duduk di kerusi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah pengantin. Begitu juga dengan jenis silat pulut. Kedua-dua silat ini adalah berbeza iaitu dari segi pergerakan badan dan gaya silat yang dipersembahkan.

HOME